Kelas Asas ICT Word Search

2 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Oktober 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas ICT di atas permintaan peserta. Kelas ini diadakan bagi memenuhi masa lapang peserta disamping memberi pendedahan kepada peserta untuk belajar secara atas talian, yang dipanggil e-pembelajaran. Peserta diberikan pendedahan menggunakan website ‘Word Search’. Selain itu, peserta turut diberikan tugasan untuk mencari maksud perkataan-perkataan yang dijumpai. Tambahan, peserta diberikan pendedahan menggunakan butang carian Google untuk mencari maksud setiap perkataan yang terdapat pada Word Search. Akhir sekali, sepanjang kelas peserta melatih diri menggunakan papan kekunci dan tetikus. Kelas berjalan dengan baik sepanjang dua (2) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali